Make your own free website on Tripod.com
KEM PERKHEMAHAN BERAKIT DAN JUNGLE TRACKING DI PAHANG
Home | AKTIVITI BERAKIT | Chalet & Jungle Tracking

AKTIVITI BERAKIT

pr044.jpg
CABARAN BERAKIT

Untuk mengikuti cabaran berakit ini peserta hendaklah dalam keadaan yang sihat, kerana dalam menghadapi cabaran ini peserta memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi. kepercayaan diri amat penting dalam cabaran ini. bagi mengendalikan rakit ini kerjasama amat diperlukan. Cbaran berakit bermula dari Pos Buntu menuju ke Kg Ulu sungai. perjalanan mengambil masa 6-9 Jam. ianya boleh disingkatkan sehingga ke Jambatan Pos Ruai 3-4 Jam atau jambatan Pos Satak ianya mengambil masa 5-6 Jam. setiap cabaran akan diketuai oleh penyelamat yang berpengalaman dan sedia untuk menghulurkan bantuan di saat kecemasan. peserta juga akan dibekalkan dengan makanan ditempat yang disediakan.

Bermula dengan santai pada permulaan perjalanan dapat memahirkan peserta untuk megemudi rakit. keadaan beransur mencabar pada pertengahan ekspidisi sehingga sampai ketempat penamat.

Disepanjang perjalanan para perserta boleh menikmati permandangan flora dan fauna semula jadi dikiri dan kanan sungai. Kejernihan air sungainya membolehkan kita melihat pelbagai jenis spesis ikan terutamanya kelah dan Sebarau dan lain-lain ikan serta kehidupan yang lain seperti unggas dan burung-burung

buatrakit.jpg
PEKERJA KEM SEDANG MEMBUAT RAKIT

RAKIT
Ia diperbuat daripada buluh terpilih. diambil dari rumpun buluh yang terdapat di tepi-tepi sungai atau di dalam hutan. Untuk membuat rakit 10-12 batang buluh diperlukan.
buluh-buluh tersebut akan diikat rapi menggunakan tali , rotan atau akar kayu. Panjang buluh yang digunakan anata 25 kaki hingga 35 kaki. ia boleh membawa 3-4 orang peserta berdasarkan saiz peserta dan kekuatan rakit. Setiap rakit dibekalkan dengan 3 batang galah/kayu bagi megemudi rakit

pra010.jpg
PESERTA SEDANG BERMAIN RAKIT

BERMAIN RAKIT
Bermain rakit merupakan keseronokan kepada semua. sesiapa sahaja terdiri dari kanak-kanak hingga orang dewasa perlu mencubanya. Rakit akan ditolak keatas sejauh 200 hingga 300 meter mengikut keupayaan sebelum menaikinya. Disinilah semangat kerjasama dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan

jkcvcj.gif

Enter supporting content here